Jerman tewas 3-2 kepada Turkiye dalam aksi persahabatan di Berlin awal pagi tadi.
Kekalahan itu memberikan tamparan buat pasukan bimbingan Julian Nagelsmann berkenaan menjelang Euro 2024.
Ia merupakan kekalahan pertama buat pengurus Jerman itu selepas gol sepakan penalti Yusuf Sari dalam babak kedua memberikan kemenangan buat pelawat.
Kai Havertz terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kelima tetapi jaringan Ferdi Kadioglu dan Kenan Yildiz memastikan Turkiye berkelebihan satu gol menuju ke bilik persalinan.
Niclas Fullkrug kemudian menjaringkan golnya yang ke-10 daripada 12 penampilan bersama Jerman untuk kembali mengikat saingan tetapi kedudukan itu hanya bertahan sehingga minit ke-71.
Sebagai rekod, Nagelsmann mengambil alih pasukan senior Jerman bagi menggantikan Hansi Flick yang dipecat pada September lalu.

Defeat in Berlin.#DFBTeam #GERTUR
— Germany (@DFB_Team_EN) November 18, 2023
? DFB pic.twitter.com/XqyAsFOyx5