MALAYSIA 2 SYRIA 2
Skuad bola sepak senior negara bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Syria 2-2 dalam aksi persabatan antarabangsa tier 1 di Chengdu, China sebentar tadi.
Dua pemain gantian, Akhyar Rashid dan Darren Lok, memastikan Malaysia tidak tewas dalam pertemuan kali ini menerusi jaringan dalam babak kedua selepas Mardik Mardikian dan Yassin Samia meletakkan Syria di depan dalam separuh masa sebelumnya.
Rekod di atas kertas jelas menjadi milik Syria, yang menduduki ranking ke-94 dunia manakala Harimau Malaya pula di tangga ke-136 dunia.
Jurang kualiti kelihatan agak jelas pada awal permainan, di mana Syria lebih banyak menguasai permainan dan berhasil memecah kebuntuan seawal minit ke-12 apabila Mardik memanfaatkan kesilapan pertahanan negara dalam mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum melepaskan rembatan serong yang menewaskan penajaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.
Syria menggandakan kelebihan mereka empat minit menuju ke bilik persalinan apabila Yassin bijak menghidu bola daripada sepakan penjuru yang gagal gagal dicabar oleh Corbin Ong.
Bagaimanapun, skuad negara mula mengubah nasib dalam babak kedua dan kemasukan beberapa pemain gantian mula memperlihatkan aksi sebenar Harimau Malaya.
Akhyar mencetuskan kebangkitan skuad negara pada minit ke-51 apabila bertindak bijak mencari lambungan jauh Endrick Dos Santos sebelum melepaskan sepakan leret yang memperdaya penjaga gol lawan.
Kemasukan Safawi Rasid turut membantu keputusan positif Harimau Malaya, di mana dia melakukan larian solo dari sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan kencang yang gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan yang kemudian ditolak masuk Darren pada minit ke-85.
Skuad negara seterusnya akan melengkapkan siri perlawanan antarabangsa kali ini dengan bertemu tuan rumah, China, pada Sabtu ini.