Skip to main content

Bola Sepak

Pernah diikat Harimau Malaya, pasukan ini sah layak ke Piala Dunia selaku juara kumpulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cape-verde-world-cup.jpg
Cape Verde mencipta sejarah apabila melayakkan diri buat kali pertama dalam Piala Dunia 2026.

Ini selepas The Blue Shark menewaskan Eswatini 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Dunia zon Afrika di Stadium Nasional Cape Verde pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengetepikan pasukan pilihan, Cameroon, yang sekadar terikat 0-0 dengan Angola dalam satu lagi perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Dailon Livramento membuka jaringan buat tuan rumah pada tiga minit pertama babak kedua sebelum Willy Semedo dan Stopira turut mencatatkan nama selaku penjaring.

Sebagai rekod, Cape Verde terikat 1-1 dengan Harimau Malaya dalam satu aksi persahabatan di Cheras pada Mei lalu.

 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video