Selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Auckland FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 di Stadium Go Media, Auckland, Harimau Malaya kini sedang dalam persiapan demi menewaskan gergasi bola sepak, New Zealand, Isnin ini.
Ketua jurulatih, Pau Marti Vicente, menjelaskan anak-anak buahnya menerima tentangan hebat dan berpuas hati terhadap persembahan semua pemain.
"Saya percaya bahawa kami mempunyai permainan yang bagus menentang Auckland dan mereka merupakan lawan agak kuat dan baru dalam saingan A-League yang menjadi ujian baik sebelum menentang New Zealand.
"Saya mengharapkan permainan yang serupa kerana melibatkan fizikal, rentak yang pantas dan berintensiti tinggi," katanya.
Memasuki separuh masa kedua, pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat sembilan pertukaran yang menjadikan keseluruhan 22 pemain dapat mengambil peluang untuk menyesuaikan diri dan memberi tekanan berbeza.
Najmi Iman
Fri Oct 11 2024