Skip to main content

Bola Sepak

Perlu dua hari nak kalahkan JDT -- Bekas pemain KL City ini kongsi pengalaman 'rare'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azmeer.jpg
Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof, berkongsi pengalaman mencuit hati dan dianggap jarang berlaku dalam arena bola sepak negara sekitar perlawanan Liga Super pada 2018. 

Azmeer yang sudah mengumumkan persaraan sempat menceritakan detik berharga ketika mewakili Kuala Lumpur City bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Meninjau perkongsiannya di Facebook, Azmeer menulis mengenai kemenangan dramatik The City Boys sehingga memerlukan 'dua hari!' untuk menumpaskan Harimau Selatan untuk satu aksi liga. 

Persoalannya, mengapa perlu sampai dua hari? Apa yang berlaku?

Jaringan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue, kekal jadi penyelamat dan kemenangan buat skuad Warga Kota!

Ketika sedang mendahului 1-0, pengadil terpaksa menghentikan permainan susulan cuaca yang tidak mengizinkan. Dan pengawai perlawanan membuat keputusan untuk menangguhkan aksi pada hari berikutnya. 

"Dengan berbekalkan 1-0 dan minit perlawanan hanya tinggal 30 minit, kami berazam untuk menang perlawanan tersebut. 




"Serangan dari JDT untuk 30 minit ini umpama hujan panah. Setiap saat, setiap minit, setiap penjuru JDT serang tanpa henti," katanya. 

Strategi yang digunakan turut menampilkan sistem bertahan sampai tamat. 

"Pada akhirnya, rezeki Allah kami menang juga. 

"Keesokan harinya di dada akhbar tempatan berkata 'Kuala Lumpur memerlukan dua hari untuk menumpaskan JDT'!

Satu momen yang sangat menarik!

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video