Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Sumbangsih: 'Saya jangka JDT menang tapi...'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Pemerhati bola sepak negara, Hasnizam Uzir, berasakan Johor Darul Ta'zim (JDT) berada dalam keadaan terbaik untuk meneruskan dominasi Perlawanan Sumbangsih namun dia turut percaya dalam bola sepak 'apa sahaja boleh berlaku'.

Bekas pemain kebangsaan itu melihat pemain tempatan dan pemain baru yang dibawa ke dalam masuk skuad Xisco Munoz kali ini mempuyai kualiti tersendiri dengan keputusan Ketika siri pramusim membuktikan perkara itu.

"Daripada segi persiapan dan jurang kekuatan, JDT jelas berada di hadapan, apatah lagi dengan kehadiran pengendali baharu, Xisco Munoz yang menggantikan Hector Bidoglio,

"Walaupun Selangor turut memperkukuh skuad dengan beberapa pemain import dan tempatan, prestasi mereka sepanjang siri pramusim di Thailand agak mengecewakan.


 


"Sebaliknya, JDT menampilkan aksi meyakinkan ketika berdepan kelab ternama dalam siri jelajah di Sepanyol," katanya.

Hasnizam menjangkakan JDT bakal meraih kemenangan selain mengharapkan aksi berkualiti mampu ditampikan kedua-dua pasukan terbaik dalam Liga Malaysia (Liga-M) itu.

"Saya jangka JDT menang 2-0. Tetapi bola itu bulat, apa sahaja boleh berlaku. Apa yang pasti, perlawanan ini menemukan dua pasukan terbaik Liga Malaysia dan kita harapkan satu aksi berkualiti tinggi ditampilkan untuk tatapan peminat." tambahnya kepada Sinar Harian.

Advertisement

Must Watch Video