Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini mengumumkan jadual pertandingan Liga Super bagi musim 2024/2025 yang akan terbahagi kepada 13 minggu bagi membolehkan pasukan yang akan bertanding nanti untuk melakukan persediaan rapi.
Walaupun dijangkakan sebanyak 13 pasukan yang akan bertanding pada musim ini tetapi mereka tidak menolak kemungkinan jumlah tersebut akan berkurangan sekaligus akan membawa perubahan pada kalender dan jadual pertandingan sekiranya badan bebas First Instance Body (FIB) memutuskan sesuatu keputusan yang baru.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 akan menjadi perlawanan pertama liga dan bakal mempertemukan juara liga musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT), dan naib juara liga Super Malaysia musim lalu, Selangor FC, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada 10 Mei depan.
Saingan Piala FA 2024 pula bakal membuka tirainya pada 13 Jun dengan format kempen tersebut akan dimaklumkan selepas jumlah kelab telah dimuktamadkan oleh nanti.
Dalam pada itu, saingan Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup juga akan dimaklumkan selepas FIB mendapat kata putus berkenaan jumlah kelab yang akan bertanding dalam Liga Malaysia 2024/2025 nanti.
Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini