Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan ini beri pengalaman buat pemain baru kami -- Jurulatih Palestin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palestin.jpg
Jurulatih Palestin, Ehad Abu Jazar, beranggapan perlawanan berdepan Malaysia merupakan medan terbaik buat 'muka baru' yang pertama kali menyertai pasukannya kali ini.

Terdahulu, dia berkongsikan pasukannya yang berada di ranking ke-98 dunia itu turun kali ini dengan sembilan muka baru susulan kehilangan tujuh pemain utama mereka.






"Tahniah Malaysia, ia perlawanan yang akan memberikan pengalaman buat beberapa pemain baru. Kami ada melakukan kesilapan dalam separuh masa pertama tetapi beraksi lebih baik dalam separuh masa kedua.

"Kami kalah tetapi kali mendapat pembelajaran daripada aspek taktikal." katanya.

Kemenangan skuad negara mengatasi Palestin memastikan Harimau Malaya mencipta dua kemenangan dalam dua aksi persahabatan Tier 1 selepas menewaskan Singapura 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lalu.
Football Shoes

Dominasi Setiap Perlawanan

Kekuatan, kelajuan dan kawalan yang buat anda sentiasa di hadapan.


Get Started

Advertisement

Must Watch Video