Kevin De Bruyne berasakan Belgium sedang meningkat dalam waktu yang tepat menjelang Piala Dunia selepas menundukkan Arab Saudi 4-0 dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi.
Belgium tampak begitu kukuh ketika merakamkan kemenangan hasil jaringan Michy Batshuayi, dua gol daripada Romelu Lukaku dan De Bruyne sendiri meletakkan nama dalam senarai penjaring.
Bintang Manchester City itu teruja melihat perkembangan pasukannya sambil menyifatkan mereka jauh lebih matang dan bagus berbanding ketika skuad kendalian Roberto Martinez itu menentang Mexico dan Jepun, tahun lalu.
"Separuh masa kedua jelas lebih bagus. Tekanan yang kami pamerkan tampak lebih tersusun.
"Saya rasa aksi pada hari ini adalah ujian terbaik buat kami. Mungkin ia bukan perlawanan paling penting tetapi sudah tentu anda mahu menang. Ini cara untuk mencipta mentaliti kemenangan.
"Jelas sekali aksi hari ini lebih baik berbanding dua aksi sebelum ini," kata De Bruyne.
Berbeza dengan City, peranan De Bruyne bersama Belgium lebih banyak di bahagian tengah, namun dia tidak berdepan masalah untuk membiarkan Lukaku, Batshuayi, Dries Mmertens dan Eden Hazard untuk memikul tugas mengancam kubu lawan.
"Bersama Belgium, saya beraksi di bahagian yang tidak membenarkan saya menyumbat banyak gol tetapi dalam 10 atau 15 minit terakhir, saya mula naik ke atas.
"Tugas saya adalah untuk mengawal tengah secara bertahan. Pemain-pemain yang berada di depan saya sudah cukup bagus untuk menggalas tugas di bahagian serangan."