Strategi jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, menggunakan khidmat tiga penyerang import membuahkan hasil apabila menewaskan Felda United 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam.
Ketajaman jentera serangan PKNS mengundang masalah buat Felda United malam tadi.
Romel Marinez, Kpah Sherman dan Gabriel Guerra banyak mengucar-kacirkan pertahanan lawan, sekali gus menjadi kunci utama pasukan itu ketika meraih kemenangan ketiga dalam saingan Liga Super.
Raminez memecah kebuntuan pada minit ke-23 sebelum PKNS menggandakan jaringan menerusi Tamirlan Kuzobaev sejurus perlawaan bersambung dalam babak kedua.
Felda cuba bangkit pada hujung permainan, namun penjaga gol tuan rumah, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin, kental bertahan untuk mengesahkan kemenangan ketiga mereka.
"Kami mahu bermain dengan lebih agresif dalam perlawanan ini. Kami menghasilkan peluang dan seharusnya memenangi dengan jaringan yang lebih banyak," kata Rajagobal.
"Saya gembira dengan setiap pemain saya. Tetapi kami perlu melakukan lebih usaha dalam sesi latihan dan berharap untuk menyelesaikan pendaftaran import yang kelima sementara kembalinya Thiago Aquino yang pulih daripada kecederaan akan mengukuhkan kembali pasukan," kata jurulatih Felda, Mohd Nidzam Jamil.