Percaturan baru jurulatih PKNS FC, Sven Gartung, ke atas pasukannya nyata menjadi selepas berjaya memastikan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super, malam tadi.
Sentuhan jurulatih dari Jerman itu nyata makin terserlah apabila Semut Merah masih belum tewas dalam tiga perlawanan terakhir.
Taktikal terbarunya dengan meletakkan Park Kwang-il di bahagian tengah serta Nizam Abu Bakar selaku sayap kanan berjaya mengejutkan T-Team di Stadium Shah Alam.
"Tumpuan utama kami terarah kepada jumlah jaringan besar yang dibolosi PKNS.
"Purata dua gol dibolosi dalam setiap perlawanan dan untuk itu, kami perlu meledak tiga gol (untuk menang), ia dianggap keterlaluan.
"Dibolosi satu gol sahaja dalam tiga perlawanan (terakhir) memberi cerita berbeza.
"Kami hanya memerlukan satu gol atau seperti malam ini (tadi) dengan dua gol, maka kami akan muncul sebagai pemenang.
"Itu yang saya ingin lihat, saya mahu 11 pemain bertahan untuk menguasai semula bola.
"Itu yang pemain lakukan," ujar Gartung.
T-Team pula berdepan sedikit masalah untuk mengharungi sisa saingan Liga Super apabila dijangka kehilangan kesemua penyerang atas faktor kecederaan.
Selepas Mamadou Samassa dan Ramzul Zahini Adenan, mereka kini dijangka kehilangan Yannick N'Jeng yang terpaksa dikeluarkan pada pertengahan perlawanan.
"Yang pasti, kami akan terus dengan taktikal yang biasa digunakan tanpa penyerang," kata jurulatih, Rahmad Darmawan.
"Situasi ini boleh terjadi ke atas mana-mana kelab di dunia.
"Ketiga-tiga penyerang kami tercedera tetapi tanpa mereka sekalipun, kami masih berupaya menguasai permainan pada separuh masa kedua," kata pengendali dari Indonesia itu.