Skip to main content

Bola Sepak

Perancis selangkah layak ke Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

france.jpg
Perancis semakin hampir melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas mencipta kemenangan 3-0 menewaskan Azerbaijan dalam perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, memacu kejayaan itu pasukan tuan rumah itu selepas gerakan solonya dinoktahkan dengan jaringan gol pembukaan pada minit ke-45, sebelum Adrien Rabiot dan Florian Thauvin yang masuk sebagai pemain gantian menggandakan jaringan Les Bleus dalam babak kedua permainan.

Begitupun, Mbappe terpaksa dikeluarkan pada minit ke-83 selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lali.


 


Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 17 gol dan empat bantuan jaringan dalam 13 perlawanan buat kelab dan negaranya musim ini. Malah, menghampiri rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Perancis milik Oliver Giroud (57) dengan dia kini sudah mengumpul 53 gol.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Didier Deschamps mengungguli saingan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan.

Perancis hanya memerlukan satu kemenangan berdepan Iceland untuk layak ke Piala Dunia 2026.

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video