Pengendali Perancis, Didier Deschamps, berpendapat latihan keras pada minggu ini menyebabkan pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Amerika Syarikat.
Les Bleus memulakan aksi pemanas badan di Lyon itu dengan bertenaga apabila percubaan Paul Pogba diselamatkan oleh Zack Steffen sehingga terkena tiang gol.
Bagaimanapun, serangan mengejut daripada lawan membuat gawang Perancis dibolosi tatkala kesilapan Djibril Sidibe dan Hugo Lloris dihukum oleh Julian Green.
Kylian Mbappe muncul penyelamat dengan jaringan penyamaan ketika aksi berbaki 12 minit selepas menerima hantaran Benjamin Pavard, menyaksikan ia satu-satunya serangan yang memberikan gol buat Perancis sambil Steffen mempamerkan aksi cemerlang.
"Semestinya bagus apabila dapat menang tetapi ia adalah aksi pemanas badan," kata Deschamps.
"Kami kehilangan sedikit sentuhan menentang Amerika Syarikat yang memberikan ruang terhad kepada kami.
"Dalam 20 minit awal babak kedua, kami berdepan masalah tetapi kembali mengawal permainan selepas itu.
"Kami melalui minggu yang sangat padat dengan latihan. Kini, kami akan beralih kepada aksi berdepan Australia," ujarnya.
Dalam masa sama, pengendali itu turut menegaskan tiada siapa yang terjamin dalam kesebelasan utama menjelang aksi di Stadium Groupama walaupun dijangka mengekalkan pemain sama pada awal pagi tadi, meletakkan Pogba di jentera tengah sambil barisan depan digalas oleh Antoine Griezmann, Olivier Giroud dan Mbappe.
"Saya menggunakan ramai pemain dalam tiga perlawanan persahabatan dan ia memberikan kami pengajaran.
"Saya berharap pemain-pemain akan bersedia secara fizikal. Tiada keperluan untuk mengekalkan skuad sama."