Perak tidak sekali-kali memandang rendah kemampuan Petaling Jaya City (PJC) FC apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Perak, malam ini.
Sebaliknya, ketua jurulatih pasukan The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, memberi amaran kepada anak buahnya mengenai kehebatan pasukan lawan.
"Saya tidak pandang rendah kemampuan PJC.
"Malah, tiada pasukan yang boleh diperkecilkan dalam saingan Liga Super ini.
"Mereka miliki khidmat pemain berwibawa seperti Safee Sali dan juga pemain import hebat.
"Jadi, kami mencari masalah jika memandang mudah perlawanan ini," katanya.
Durakovic berharap kemarau kemenangan Perak berakhir malam ini selepas mengharungi empat perlawanan setakat ini dengan satu kekalahan dan tiga seri.
Bagi perlawanan malam ini, katanya, Perak masih tidak mendapat khidmat tonggak, Brendan Gan, Amirul Azhan Aznan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Mohd Nasir Basharuddin.
"Mereka masih merawat kecederaan dan mungkin akan kembali selepas penangguhan liga hingga 30 Mac ini," tambahnya.
Jurulatih itu tidak gusar dengan kedudukan Perak di tangga ke sembilan ketika ini selepas hanya mengutip tiga mata.
"Tahun lalu juga kami berada pada kedudukan seperti sekarang selepas empat perlawanan.
"Selepas mendapat rentak, kami mendaki carta sehingga akhirnya muncul naib juara di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT), " katanya.