Skip to main content

Bola Sepak

Perak tagih sokongan padu penyokong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

prkvskel6.jpg
Sorakan peminat setia pasukan The Bos Gaurus bakal menjadi pencetus semangat pemain tatkala melayani kunjungan Sarawak dalam perlawanan pembukaan Piala FA di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Sabtu ini.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, menjelaskan sememangnya tonik ke-12 dalam pasukan amat diperlukan bagi membangkitkan kembali aura perjuangan pemain-pemainnya.

"Perak akan memulakan kempen Piala FA menentang Sarawak di Stadium Lumut (TLDM) pada Sabtu ini.  Ia pertama kali Perak beraksi di hadapan penonton setelah beraksi di stadium kosong ketika menentang PKNS, sebelum ini. 

"Memang lebih baik jika beraksi di Ipoh tetapi jika di Lumut juga gamat dengan sorakan peminat tuan rumah, pasti ia akan membakar semangat pemain," katanya.

Dalam masa sama, Durakovic juga yakin pemain yang cedera boleh diturunkan bagi menghadapi skuad Bujang Senang itu.

"Memang saya terasa ketiadaan pemain yang cedera, terutama Leandro dos Santos.  Dia seorang pejuang dan mampu mengubah tempo permainan," ujarnya.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video