Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Rasmi! Sabah FK layak ke UCL buat kali pertama dalam sejarah

Sabah

Gila! Sememangnya gila.

Jaringan minit akhir oleh Joy-Lance Mickels berjaya membawa Sabah FK ke pentas tertinggi kejohanan kelab apabila layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas meraih kemenangan menerusi agregat 6-4 ke atas Hapoel Be'er-Sheva awal pagi tadi.

Kejayaan itu menyaksikan wakil Azerbaijan itu akan menyertai UCL buat kali pertama dalam sejarah kejohanan dan kelab.

Tahukah anda? Fakta menarik berkenaan pasukan ini adalah ia ditubuhkan sembilan tahun lalu pada 2017 dan menjadi kelab termuda menghiasi pertandingan itu.

Perjalanan yang bukan mudah tatkala magis melepasi empat pusingan kelayakan menumpaskan wakil dari Wales, Finland dan Denmark.

Hapoel Be'er-Sheva kemudiannya menjadi lawan terakhir sebelum mengesahkan tempat ke peringkat akhir. Lawan yang turun selaku wakil negara haram, Israel, itu terlebih dahulu memenangi aksi pertama 2-1.

Namun, Sabah FK melakar kebangkitan sensasi dalam pertembungan timbal balik kedua dengan kemenangan 5-2 meskipun memerlukan masa tambahan sehingga 120 minit.

The Owls yang diterajui Valdas Dambrauskas baru sahaja merangkul gelaran liga pertama pada musim lalu sejak pasukan itu ditubuhkan.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jon Irazabal, pernah beraksi bersama Sabah FK dua musim lalu sebelum menyertai Harimau Selatan. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement