Skip to main content

Hoki

'Coach Sarjit memang pantang budak-budak tiada kayu hoki'

Sarjit Singh

'Coach Sarjit memang pantang budak-budak tiada kayu hoki,' ungkapan itu cukup menggambarkan kecintaan legenda hoki negara, Sarjit Singh, terhadap sukan yang sudah sebati dengan kehidupannya.

Bekas kapten dan ketua jurulatih Speedy Tigers itu tidak pernah lekang daripada mencurahkan bakti kepada hoki, malah selepas menamatkan karier sebagai pemain, kecintaannya terhadap sukan berkenaan terus diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.

Bagi Sarjit, hoki bukan sekadar permainan atau kerjaya, sebaliknya sesuatu yang perlu terus dipelihara dan dikembangkan, terutama dalam usaha melahirkan generasi baharu.

Komitmennya terhadap pembangunan hoki juga dikatakan begitu tinggi sehingga sanggup menggunakan wang sendiri demi memastikan pemain muda, khususnya di Johor, mendapat kemudahan dan peralatan yang diperlukan.

Perjalanan Sarjit dalam hoki selepas bergelar pemain turut diteruskan sebagai jurulatih kelab dalam Liga Hoki Malaysia sebelum diberi kepercayaan membimbing skuad hoki lelaki negara sebanyak dua kali dalam tempoh hampir 20 tahun.

Sentuhan terakhirnya bersama skuad kebangsaan turut meninggalkan kesan besar apabila Sarjit membantu Speedy Tigers melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki 2026 menerusi saingan kelayakan di Ismailia, Mesir.

Namun, legasi Sarjit tidak hanya boleh diukur melalui kemenangan, trofi atau kejayaan di pentas antarabangsa.

Lebih daripada itu, beliau meninggalkan semangat untuk memastikan anak-anak muda terus mengenali, mencintai dan bermain hoki.

Bagi Ketua Jurulatih hoki Johor, Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar, sumbangan Sarjit kepada perkembangan sukan itu wajar dikenang dan dihargai.

Bak kata pepatah, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'.

Dan dalam dunia hoki Malaysia, nama Sarjit Singh sememangnya sudah meninggalkan kesan yang sukar dipadam.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement