Skip to main content

Bola Sepak

KL City sedia mula kempen Liga Super 2026/2027?

KL City sedia mula kempen Liga Super 2026/2027?

Kuala Lumpur City (KL City) bakal turun beraksi di laman sendiri buat kali pertama musim ini apabila menerima kunjungan Kuching City dalam aksi Liga Super 2026/2027.

Pertembungan bagi LS6 itu dijadualkan berlangsung malam esok jam 9 malam, di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Aksi ini menjadi penting buat KL City selepas permulaan kempen mereka dicemari kontroversi apabila gagal turun beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Negeri Sembilan FC.

Susulan keputusan Malaysian Football League (MFL), Negeri Sembilan diberikan kemenangan 3-0 dan tiga mata, manakala KL City turut dikenakan tindakan disiplin.

Kini, perhatian beralih kepada kemampuan skuad Warga Kota untuk kembali ke padang dan memastikan episod tersebut tidak terus menjejaskan perjalanan mereka dalam Liga Super musim ini.

Namun, Kuching City pastinya hadir dengan misi tersendiri dan bersedia mengambil kesempatan sekiranya KL City masih bergelut untuk mendapatkan rentak.

Aksi di Cheras itu dijangka menjadi salah satu perlawanan tumpuan kerana ia bukan sekadar pertemuan dua pasukan Liga Super, tetapi juga ujian pertama KL City untuk membuktikan mereka mampu bangkit selepas permulaan musim yang penuh kontroversi.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement