Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, mengetepikan perseteruan untuk memberikan pengiktirafan kepada pesaing terulungnya, Lionel Messi, yang mengakhiri karier antarabangsa bersama Argentina.
Messi yang kini berusia 39 tahun menampilkan aksi terpuji buat kali terakhir dalam jersi biru putih pada Selasa, menjaringkan satu gol serta melakukan dua bantuan jaringan dalam perlawanan menentang Benin, yang berkesudahan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-0.
Seramai kira-kira 85,000 penyokong membanjiri Buenos Aires Monumental Stadium demi menyaksikan perlawanan terakhir ikon bola sepak Argentina itu dalam jersi keramat pasukan kebangsaan mereka.
"Semalam merupakan perlawanan terakhir saya, dan saya sudah rindu untuk menyarung jersi biru putih. Saya tahu saya telah membuat keputusan yang tepat," ujar Messi dalam hantarannya di Instagram.
"Ini telah menjadi sebuah perjalanan yang hebat, penuh dengan kegembiraan dan juga kesedihan, namun saya yakin yang setiap langkah saya ambil amat berbaloi..
"Saya tak mahu melupakan Diego (Maradona), yang meletakkan negara kita di tempat yang sepatutnya.
"Terima kasih kepada semua kelab yang saya pernah wakili, untuk sentiasa menghormati perasaan saya dan membenarkan saya mendedikasikan diri saya buat negara saya apabila tiba waktu untuk saya menyarung jersi negara..."
Messi mengetuai Argentina semasa merangkul trofi Piala Dunia 2022 serta dua Copa America pada edisi 2021 dan 2024, dan juga membantu mereka menjuarai Finalissima 2022.
"Saya amat bersyukur. Saya sayang anda semua; saya akan merindui anda, dan saya akan sentiasa berterima kasih kerana sentiasa berada di sisi kami, di sisi saya," tambah pemain Inter Miami itu.
Messi dan Ronaldo telah melakar sebuah perseteruan terulung dalam sejarah bola sepak sepanjang karier mereka berdua, dengan penyerang Portugal berusia 41 tahun itu antara yang memberikan respons kepada hantaran Instagram Messi itu.
"Leo (Messi), setelah bertahun-tahun mempertahankan negara anda, anda telah melakar sejarah yang bakal dikenang sampai bila-bila. Saya sangat menghormati anda dalam segala yang telah anda raih bersama Argentina. Satu pelukan buat kamu," kata Ronaldo.
Sementara itu, Ronaldo yang kini dalam kemelut bersama jurulatih Portugal, Jorge Jesus, setelah Ronaldo yang secara tiba-tiba meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaannya.