Perak menagih kudrat dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos, yang kembali daripada penggantungan dan Gilmar da Silva yang baru pulih daripada kecederaan dalam aksi Liga Super menentang Kelantan, esok.
Ia situasi positif daripada Perak, namun pengendalinya, Mehmet Durakovic, tidak menganggap itu sebagai kelebihan buat The Bos Gaurus di Stadium Perak.
Hakikatnya, Perak hampir menepati kekuatan terbaik mereka walaupun kapten pasukan, Nasir Bashruddin, dan Ahmad Khairil Anuar Zamri masih tidak boleh bersama pasukan.
Bagi Durakovic, Perak lebih tertekan kerana perlu mengejar mata bagi mencari kedudukan lebih selesa dalam saingan Liga Super.
"Kelantan adalah pasukan yang berkualiti ketika bertahan. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat Perak dan kami berharap dapat menampilkan aksi yang terbaik," katanya..
Durakovic menjangkakan satu aksi menarik, melihat kepada kebangkitan Kelantan akhir-akhir ini.
"Saya berharap Gilmar dan Leandro kembali dalam kesebelasan utama untuk memperkuatkan pasukan," katanya lagi.
Kedudukan di tangga kedua dengan 28 mata dengan perbezaan minimum dengan pasukan lain umpama ancaman yang perlu diatasi segera oleh Perak.
Imej: Asiana