Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Perak raih kemenangan pertama

53356776_981571345375533_2113029609330049024_n-(1).jpg
PERAK 1 PJ CITY FC 0

Impian Perak untuk mencatat kemenangan pertama tercapai apabila menumpaskan PJ City FC 1-0 di Ipoh, sebentar tadi.


Jaringan daripada sepakan penalti Wander Luiz pada minit ke-39 cukup buat naib juara Liga Super musim lalu itu mengutip tiga mata, sekali gus mengumpul enam mata setakat ini. 

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mudah buat tuan rumah yang diberi tentangan sengit olek anak didik K. Devan itu.

Perak memulakan perlawanan tanpa penyerang, Gilmar Da Silva, yang langsung tidak disenaraikan malam ini.

Sebaliknya, pengendali Perak, Mehmet Durakovic, membuat kejutan dengan menurunkan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang baru kembali daripada kecederaan selaku penyerang utama.

Ketiadaan Gilmar itu nyata menjejaskan corak tuan rumah yang tidak banyak mencipta peluang tetapi tetap berupaya mencatat kemenangan di depan penyokong sendiri.

Sebaliknya, corak permainan keras daripada pelawat nyata memakan diri apabila mengutip banyak kad kuning, termasuk menghadiahkan sepakan penalti yang membawa kepada jaringan kemenangan tuan rumah.

Gandingan penyerang PJ City, Safee Sali dan Sergio Paulo, memiliki peluang keemasan menjaringkan gol pada minit ke-70 dan 85 tetapi gagal disudahkan dengan kemas.

Safee merembat keluar dalam situasi satu sama satu dengan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy manakala tandukan kencang Sergio ditangkap kemas penjaga gol Perak itu. 



Kredit foto: Facebook Perak TBG

Advertisement

Must Watch Video