MAN CITY 1 NEWCASLTE 0
Pep Guardiola memuji persembahan matang daripada Manchester City apabila mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.
Julian Alvarez meledak gol tunggal perlawanan dalam pertemuan sengit Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad itu di mana juara 'treble' berkenaan berupaya mematahkan sebarang ancaman daripada pelawat.
Newcastle hadir dengan momentum kemenangan 5-1 ke atas Aston Villa pada hari pembukaan mereka minggu lalu, sementara City mungkin mempunyai sebab untuk berasa lesu memandangkan masih segar dengan kejayaan merangkul Piala Super UEFA dengan mengalahkan Sevilla di Athens, Khamis lalu.
Namun, City menampilkan keyakinan serta keazaman untuk mengatasi sebarang kelesuan dan Guardiola hanya melakukan dua rombakan ke atas pasukannya selain tidak membuat sebarang pertukaran dalam perlawanan itu.
Guardiola berkata: “Ini adalah perlawanan kedua liga musim ini tetapi sudah terbukti sebab mengapa kami memenangi banyak perlawanan. Pemikiran dan mentaliti kumpulan pemain ini memukau saya setiap masa, mengejutkan saya setiap masa.
“Untuk bertemu Newcastle, berdasarkan situasi kami yang berdepan banyak masalah kecederaan selain kurang rehat -- mereka masih mampu beraksi dengan sangat baik. Bagaimana mereka bertahan dan bagaimana mereka berlari serta segala komitmen yang dicurahkan benar-benar menakjubkan.
“Kami menyajikan satu persembahan sangat bagus, kami berhak untuk menang. Kami mampu merakamkan lebih banyak gol lagi.
“Perbezaan mengenai pemenang perlawanan ini adalah soal mentaliti. Selama bertahun-tahun kumpulan pemain ini telah melakukannya dan sekali lagi hari ini.
“Saya tahu kami tidak berada dalam keadaan terbaik dan kehilangan hingga lima atau enam pemain utama, namun itulah yang hakikatnya.
"Inilah cabarannya. EPL memutuskan kami agar bermain hari ini. OK, kami sahut cabaran itu.”

First #PL goal of the season for @julianalvarezzz! ?#ManCity pic.twitter.com/vP5qR5GlrV
— Manchester City (@ManCity) August 19, 2023