Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pep Guardiola gembira lihat reaksi De Bruyne marah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kevin.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa dia merasa gembira dengan reaksi marah Kevin De Bruyne apabila pemain itu digantikan pada minit ke-69, ketika menentang Liverpool dengan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1, semalam.

De Bruyne terpaksa dikorbankan agar pasukannya dapat kembali mengawal semula bahagian tengah permainan pada separuh masa kedua, dan dia kelihatan berang ketika dalam perjalanan mengambil tempat di bangku simpanan.


 

"Saya gembira melihat perkara itu, sangat bagus dan saya suka jika dia merasa marah dan sekarang dia sudah gembira semula. Saya lebih mengetahui apa yang kami hilang iaitu kehilangan kawalan bola.

"Selepas dia keluar, kami melakukannya dengan lebih baik. Tetapi apa yang boleh saya katakan kepada De Bruyne, kami memerlukan dia dan dia pemain yang penting." katanya melalui Daily Mail.

Advertisement

Must Watch Video