Skip to main content

Bola Sepak

Penyudah jadi pemisah Manchester United-Tottenham, kata Erik ten Hag

rashford.jpg
TOTTENHAM 2 MAN UTD 0

Erik ten Hag meluahkan kekecewaannya berikutan Manchester United tumbang 0-2 di Tottenham sambil menegaskan persembahan longlai mereka di depan gawang membuktikan mengapa Rasmus Hojlund dipancing. 


The Red Devils tersungkur di London, awal pagi tadi, selepas Pape Sarr gol meledak pembukaan pada minit ke-49 sebelum Lisandro Martinez tertampan bola ke gawang sendiri pada lewat permainan.

United berpeluang untuk memecah kebuntuan tetapi Marcus Rashford dinafikan oleh Guglielmo Vicario sementara tandukan Bruno Fernandes dari jarak enam ela tersasar dan Antony hampir melencong bola ke gawang beberapa minit selepas gol Sarr. 

Tottenham turut mencipta banyak peluang dalam separuh masa pertama dan meningkatkan persembahan mereka selepas rehat untuk memberikan pengurus baru, Ange Postecoglou, kemenangan sulung dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia meninggalkan United untuk memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan Ten Hag, yang mengemudi mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Wolves awal minggu ini, tetap optimis serta sabar dengan kelibat Hojlund yang masih dalam rawatan kecederaan belakang badannya. 

“Anda telah menyaksikannya hari ini, persembahan separuh masa pertama (adalah) sangat baik tetapi anda perlu faham anda perlu menjaringkan gol,” tegasnya.



“Ini kerana gol pertama bermakna pemain perlu bertanggungjawab. Fokus, semangat dan keinginan pada masa ini untuk mengekalkan gambaran keseluruhan dan menjaringkan gol pertama.

“Ia mengenai kepercayaan dan kami percaya dengan barisan ini kerana tahun lalu mereka juga berkemampuan melakukan penyudah. 





“Tetapi adalah jelas kami perlu mendapatkan penyerang. Jika segalanya berjalan lancar, (Anthony) Martial dalam perjalanan pulang, Hojlund akan kembali jadi kami mempunyai lebih ramai pemain yang mampu menjaringkan gol, malah pemain yang berada di atas padang, mereka semua mampu menjaringkan gol.”


 

Advertisement

Must Watch Video