Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Rangers abai larangan UEFA, nyanyi lagu 'God Save the King'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rangers-uefa-champions-league-queen-elizabeth.jpg
Lagu 'God Save the King' dinyanyikan oleh penyokong Rangers sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Napoli di Ibrox awal pagi tadi walaupun ia tidak dibenarkan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Pasukan Scotland itu, yang tewas 0-3 dalam perlawanan berkenaan, telah memohon kepada UEFA untuk memainkan lagi kebangsaan itu sebelum sepak mula bagi memperingati kematian Ratu Elizabeth II tetapi ia ditolak oleh badan induk bola sepak Eropah berkenaan.

Menurut UEFA, permintaan itu ditolak "atas dasar mengekalkan upacara praperlawanan yang konsisten dengan suasana tenang dan tanpa sebarang aktiviti keraian di semua venue di United Kingdom bagi menunjukkan penghormatan".

Bagaimanapun, selepas mengadakan upacara 'a moment of silence', penyokong Rangers mula menyanyikan lagi kebangsaan berkenaan.

Di London, penyokong Chelsea juga melakukan perkara sama sebelum sepak mula perlawanan menentang RB Salzburg.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 20 Jan
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Club Brugge-team-logo Club Brugge

Must Watch Video