Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Newcastle United akan 'tutup mata' isu kemanusian pemilik Arab Saudi -- Redknapp

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

newcastle.jpg
Newcastle United kembali dalam kalangan elit Eropah dan Harry Redknapp tidak nampak sebab mengapa penyokong The Magpies akan mengambil berat tentang pemilikan mereka yang disokong oleh konsortium dari Arab Saudi sekiranya kejayaan mereka berterusan.

Skuad bimbingan Eddie Howe itu menduduki tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) dalam kempen penuh pertama mereka di bawah kawalan majoriti Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

The Magpies sedang berdepan dengan penyingkiran apabila konsortium yang diketuai oleh PIF itu mengambil alih pemilikan pada 2021 termasuk memancing Bruno Guimaraes yang akhirnya membantu mereka untuk kekal dalam kancah musim ini. 

Sandro Tonali dan Alexander Isak antara muka baru tatkala Newcastle terus melabur di sebalik pemiliknya terpalit dengan kritikan.

Arab Saudi dikutuk berhubung isu hak asasi manusia selain larangan hubungan sejenis, tetapi Redknapp percaya ia akan diabaikan oleh kebanyakan peminat.

“Pemilik dari Arab Saudi tidak akan membuat kekacauan, mereka ada wang,” kata bekas pengurus Tottenham dan Portsmouth itu kepada Stats Perform.


 

"Mereka telah membeli Newcastle. Orang Arab Saudi yang telah membeli Newcastle. Adakah ketika ini peminat Newcastle benar-benar mengambil berat sama ada mereka dari Arab Saudi atau sama ada warga Geordies sendiri yang memiliki kelab itu?

"Mereka tidak peduli dengan semua itu. Bagi mereka, selagi mereka memenangi perlawanan dan kelab terus dipacu ke hadapan dan meningkatkan keupayaan pasukan, mereka tidak peduli lagi tentang perkara lain, mereka hanya mahu gembira."

Advertisement

Must Watch Video