Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Negeri Sembilan desak Mohamad Hasan letak jawatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyokong.jpg
Beberapa wakil penyokong dilihat mengadakan pertemuan dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas pasukan itu menewaskan Kelantan 1-0 dalam Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Ia bagi mendesak pengurusan tertinggi sedia ada, khususnya presiden PBNS ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk skuad itu musim ini.

"Menang baru dua perlawanan sepanjang liga. Jadi, ini bukan dipanggil pencapaian, tetapi sebagai 'gula-gula' untuk bagi penyokong gembira. Sebenarnya kami tidak gembira.

"Saya sebagai wakil gagasan penyokong Negeri Sembilan langsung tidak berpuas hati dengan cara pengurusan PBNS sekarang ini.

"Memang saya tidak berpuas hati di mana presidennya adalah Datuk Seri Mohamad Hasan," kata salah seorang wakil gabungan kelab penyokong Negeri Sembilan.

Kru Nadi Arena kemudian cuba mendapatkan reaksi pengurus pasukan, Satwant Singh, mengenai pertemuan dengan barisan penyokong tersebut, namun dia enggan mengulas lanjut.

Advertisement

Must Watch Video