Tular di media sosial baru-baru ini sebuah akaun mendakwa pasukan Thailand menggunakan 'dukun' dalam perlawanan akhir Piala ASEAN FIFA berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Dalam video yang tular itu menyaksikan seorang staf di barisan kejurulatihan Thailand seakan melakukan aktiviti yang luar daripada kebiasaan di tepi padang.
Begitupun, dalam aksi itu menyaksikan Indonesia melakar kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 120 minit permainan.