Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Itu adalah rahsia besar pasukan ini -- Jurulatih Interim Harimau Malaya

gg
Advertisement

Jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, berkongsikan hubungan erat antara pemain merupakan kunci utama kejayaan skuad negara di pentas Piala ASEAN FIFA 2026.

Skuad negara tidak bolos dalam empat perlawanan sebelum ini sekali gus kejayaan itu menyaksikan Malaysia melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ke-133 dunia.

Advertisement

Untuk rekod, Malaysia melakar kemenangan ke atas Vietnam, Singapura, Bangladesh serta keputusan seri bertemu Indonesia.

"Kita kena bangga dengan apa yang kita capai. Pasukan kita mencipta rekod terbaik dengan empat perlawanan, menjaringkan 10 gol dan tidak dibolosi.

Advertisement

"Namun, kita perlu terus bekerja keras kerana kita tidak tahu apa yang menanti di hadapan dan kita perlu bersedia dari sekarang.

"Kita nampak kekuatan pasukan adalah bonding mereka. Mereka saling menghormati antara satu sama lain.

"Sama ada pemain bertaraf bintang atau pemain yang mempunyai pengalaman, mereka membantu dan saling mengingatkan antara satu sama lain.

"Itu adalah rahsia besar pasukan ini." katanya dipetik dari Sinar Harian.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video