BOLA SEPAK
Penyokong mula dapatkan tiket Harimau Malaya
Ekor Harimau Malaya sudah mula mendapatkan tiket perlawanan pembukaan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sebanyak 2,244 keping sudah pun terjual untuk perlawanan bertemu Krygyzstan itu dengan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, bertekad menggunakan segala kemudahan di ibu negara bagi memudahkan kehadiran barisannya termasuk penyokong sempena aksi pada 16 Oktober depan.
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi sempena aksi Kumpulan D tersebut yang turut dihuni Oman dan Taiwan.
Iklan
Kredit: FAMalaysiaOfficial
Must-Watch Video