Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Penyokong mahu Selangor jadikan kejayaan Leverkusen sebagai inspirasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Kejayaan kelab Bayer Leverkusen merangkul takhta juara Bundesliga pada musim ini justeru memecahkan dominasi Bayer Munich wajar dijadikan inspirasi buat pasukan dari Lembah Klang itu yang masih dalam misi untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka di dalam kancah Liga Malaysia.

Kejuaraan Bayer Leverkusen itu sekaligus menamatkan kemenangan Bayern Munich yang cemerlang merangkul gelaran juara Bundesliga selama sebelas tahun berturut-turut justeru membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam bola sepak.

Kali terakhir juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu menjadi juara Liga Super Malaysia adalah pada tahun 2009 di bawah kendalian jurulatih K. Devan. Begitupun, kini prestasi The Red Giants dilihat berada di landasan yang tepat selepas menjadi naib juara Liga Super Malaysia pada musim lalu justeru memacu kelab itu bersaing di pentas Asia pada tahun ini.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video