Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Lyon dilarang ke stadium selepas timbulkan kekecohan

marseille-dimitri-payet.jpeg
Lyon perlu bermain di gelanggang kosong apabila menjadi tuan rumah untuk setidak-tidaknya hingga awal bulan depan berikutan kekecohan penonton sendiri yang menyaksikan perlawanan dengan Marseille terpaksa ditangguhkan.

Perlawanan Ligue 1 di Stadium Groupama semalam terpaksa dihentikan selepas bintang Marseille, Dimitri Payet, terkena botol yang dibaling oleh penyokong. 

Bekas perancang West Ham itu sedang bersiap sedia untuk sepakan sudut di tengah-tengah ketegangan di antara kedua-dua penyokong apabila kepalanya menjadi sasaran balingan botol plastik yang berisi air.

Payet kemudian rebah dan memerlukan rawatan sebelum pemain-pemain lain dikeluarkan dari padang atas arahan pengadil, Ruddy Buquet.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, kemudiannya memohon maaf kepada Payet dan mengesahkan seorang penonton telah ditahan berhubung insiden itu.

Kenyataan daripada Ligue de Football Professionnel (LFP) berkata perlawanan membabitkan Lyon menentang Reims selepas ini akan dilangsungkan tanpa peminat sambil jawatankuasa disiplin dijangka mengumumkan sebarang hukuman lanjut termasuk keputusan perlawanan membabitkan aksi bertemu Marseille pada 8 Disember depan.

Antara hukuman lanjut yang mungkin dikenakan ialah adalah pemotongan mata yang menyaksikan Nice telah dikenakan pemotongan dua mata ekoran kekacauan penyokong ketika berdepan Marseille musim ini.

Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu, memberitahu radio Info France: "Mereka perlu mencapai kata sepakat, masalah seperti ini perlu diselesaikan oleh (penganjur) liga.

"Saya fikir semua orang harus faham bahawa kelangsungan bola sepak Perancis terancam."

Advertisement

Must Watch Video