Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Penyingkiran Perlis dalam Liga Perdana muktamad -- MFL

kevin-ramalingam.jpg
Harapan pasukan bola sepak Perlis untuk kembali dalam kancah Liga Perdana sudah tertutup rapat dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan tidak akan melayan sebarang rayuan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Itu  ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, yang memadamkan terus harapan Perlis yang masih berharap agar diberikan pertimbangan sewajarnya untuk kekal beraksi dalam Liga Perdana.

"Berdasarkan peraturan dan perlembagaan, sama sekali tiada ruang untuk rayuan kedua Perlis (membolehkan mereka terus beraksi Liga Perdana).

"Tidak kira apa (dokumen sokongan) yang dihantar mereka sekalipun selepas ini, tiada ruang untuk MFL melihat kembali keputusan yang telah dibuat sebelum ini," ujarnya. 

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FMA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mendedahkan ahli Lembaga Pengarah MFL menolak rayuan (PFA) untuk kekal dalam Liga Perdana.

Menurut Kevin, apa yang perlu dilakukan Perlis ketika ini ialah kembali ke peringkat akar umbi bagi meletakkan pasukan itu kembali di landasan kecemerlangan.

"Sudah tentu pasukan seperti Perlis masih ada ruang dalam Liga-M pada masa akan datang. 

"Buat masa ini, Perlis usah buat perancangan yang terburu-buru selain mempunyai perancangan yang kukuh," terangnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video