Penjaga gawang kelahiran Indonesia, Rizki Nur Fadhilah, dilaporkan menerima kontrak palsu untuk beraksi di Medan yang sebenarnya merupakan sindiket pemerdagangan manusia kemudian dibawa ke Kemboja.
Dia difahamkan menerima kontrak itu di Medan menerusi kenalan di laman Facebook, namun apabila keadaan berubah dan dia tiba di Kemboja, Rizki ditinggalkan dan dipaksa bekerja sebagai penipu dalam talian.
Awal mulanya, anak saya bilang ada kontrak main bola di Medan selama satu tahun. Tanggal 26 Oktober dia berangkat, dijemput ke sini pakai travel, terus dibawa ke Jakarta. Dari Jakarta ke Medan pakai pesawat,
Awal mulanya, anak saya bilang ada kontrak main bola di Medan selama satu tahun. Tanggal 26 Oktober dia berangkat, dijemput ke sini pakai travel, terus dibawa ke Jakarta. Dari Jakarta ke Medan pakai pesawat,
Advertisement
"Pada awalnya anak saya mengatakan terdapat kontrak bermain bola sepak di Medan selama satu tahun.
"Pada tarikh 26 Oktober dia berangkat, dijemput ke sana menggunakan 'travel', dia dibawa dari Jakarta. Dari Jakarta menaiki kapal terbang ke Medan.
"Dia maklumkan pada saya dan ibunya, 'Pak, Aa diperangkap,' Saya tanya mengenai kontrak dari mana, dia kata dari Facebook.
"Anak saya disiksa setiap hari kerana tak capai sasaran. Dia dipaksa cari 20 nombor telefon warga China yang kaya. Kalau tak dapat, dia dipukul.
"Ini soal nyawa. Anak saya diseksa setiap hari. Saya mohon sangat bantuan pihak berkuasa." kongsi bapanya seperti dilaporkan media tempatan.

Sepak Padu Dengan Adidas
Ringan, power dan bergaya - kasut bola Adidas untuk semua.
Grab Sekarang