Skip to main content

Bola Sepak

Peningkatan pantas Arzani kejutkan Jakobsen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

danielarzani.jpg
Peningkatan mendadak Daniel Arzani mengejutkan Michael Jakobsen tetapi bekas rakan sepasukannya itu menyokong bintang muda Australia itu memiliki masa depan yang cerah.

Arzani, yang berusia 19 tahun, telah dikaitkan dengan perpindahan dari Melbourne City ke saingan Eredivisie selepas hanya membuat 24 penampilan dalam saingan Liga-A.

Pemain sayap berbakat itu, yang telah mendapat tempat dalam skuad Socceroos dalam Piala Dunia dan menjadi pemain termuda kejohanan, hadir sebagai pemain gantian ketika Australia tewas 2-1 kepada Perancis, Sabtu lalu.

Jakobsen, yang kini bersama Adelaide United selepas meluangkan dua musim di City, melihat perkembangan pantas Arzani sebagai satu kejutan.

"Saya agak terkejut," katanya.

"Saya berasakan ia merupakan perkara yang positif buat Australia dengan membawa pemain muda dan Arzani memiliki kebolehan yang istimewa. Dalam situasi satu lawan satu, dia sangat, sangat bagus.

"Dia akan meraih pengalaman yang berguna dalam saingan kali ini," tambahnya.

Arzani, yang membuat penampilan ketiga bersama Socceroos sewaktu tewas kepada Perancis, hadir ke dalam perlawanan pada minit ke-84 di Kazan.
 

Advertisement

Must Watch Video