Pertahanan negara Dion Cools menjadikan pengalaman di Jepun sebagai senjata untuk memastikan Harimau Malaya terus mengaum menerusi rekod tanpa kalah di bawah bimbingan Peter Cklamovski.
Ia sejak aksi pertama bertemu Nepal Mac lalu tatkala pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium itu menyertai kem negara kali ini dengan status selaku pemain yang beraksi di J-League bersama Cerezo Osaka.
Dion Cools telah melakukan 6 penampilan bersama skuad Cerezo Osaka setakat ini dengan 422 minit perlawanan di Liga 1 Jepun.
“Saya rasa Liga Jepun merupakan liga terbaik di Asia untuk bermain di sana setiap minggu.
“Saya mungkin mempunyai sedikit pengalaman yang tidak dipunyai pemain lain. Saya berharap dapat membantu pasukan dalam dan luar padang,” kata Dion Cools ketika sidang media sebelum perlawanan persahabatan menentang Singapura.