Skip to main content

Bola Sepak

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj_1.jpg
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menyindir pihak pengurusan kelab yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pemain tertutamanya isu membabitkan pembayaran gaji serta fasiliti pasukan.

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menyelar sesetengah pengurusan kelab yang kerap menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) walaupun masalah kebajikan itu hadir daripada pengurusan kelab sendiri.

"JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, pemain pasukan tak dapat gaji, pemain tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang-orang jaga kelab tak peduli dan lain-lain.

"Senang cerita macam ni. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar seluruh kawasan perumahan?

"Ibarat rumah tak terurus dan tak cantik, ajak orang ramai-ramai duduk di hutan. Sendiri tak bayar gaji salahkan FAM dan MFL." katanya.




 

Dalam pada itu, baginda turut menekankan agar 'Financial Fair Play' segera diperkenalkan dalam kancah bola sepak negara selain pengadil wajar bebas dan bukannya di bawah badan induk FAM.

"Kenalkan financial fair play dengan segera, Badan Pengadil mesti independent dan bukan di bawah FAM. 

"Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara. 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh challenge Bayern. Mindset is everything." tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video