Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, membandingkan pendekatan Santiago Solari dengan bekas pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane.
Solari, yang mengambil alih jawatan pengurus di Santiago Bernabeu, Oktober tahun lalu, kini di bawah tekanan selepas mengharungi kekalahan ketiga dalam empat aksi terakhir.
Bagaimanapun, Casemiro berasa pengurus dari Argentina itu boleh dibandingkan dengan Zidane yang meletakkan jawatan selepas mengemudi Madrid menjulang trofi ketiga Liga Juara-Juara Eropah serta kejuaraan LaLiga.
"Tidak adil untuk bercakap mengenai seorang jurulatih," kata Casemiro.
"Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Zidane, Rafael Bentiez, masing-masing mempunyai perwatakan tersendiri.
"Bersama Zidane, dia memiliki hubungan bagus dengan pemain, seperti bapa dan anak. Seperti kawan.
"Solari melakukan perkara sama dan dia berlaku adil kepada semua."
Madrid kini berharap dapat kembali ke prestasi terbaik dan bakal melayan kunjungan Ajax bagi aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara sambil memegang kelebihan 2-1.
Bagi Casemiro, ia normal untuk sesebuah pasukan melalui detik sukar tetapi dia mahukan kejayaan.
"Normal buat pasukan untuk melalui tempoh sukar. Kami sedang berkembang," tambah Casemiro.
"Kini sudah tiba di bahagian paling penting (Liga Juara-Juara). Kami berdepan lawan sukar dan fokus untuk memenangi kesemua trofi walaupun ia sukar."