Skip to main content

Bola Sepak

Penang FC elak membazir kudrat import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vicktor-penang.jpg
Ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, mengesahkan Harimau Kumbang hanya akan menggunakan khidmat tiga pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2024/25.

Ketika ini, dia dan barisan kejurulatihan sedang meneliti calon pemain import bagi mengisi posisi tengah dan penyerang memandangkan di bahagian pertahanan mereka sudah memiliki kapten pasukan, Rafael Vitor.

"Ini peluang buat pemain tempatan merebut tempat untuk bersaing dan peluang mereka untuk bermain dalam kesebelasan utama akan lebih cerah. 

"(Kualiti) pemain import perlu berkali ganda daripada pemain tempatan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

Akmal Rizal turut memaklumkan persiapan pra-musim akan bermula pada 15 Februari depan dan pihak pengurusan sedang dalam perbincangan untuk menganjurkan kejohanan piala harapan edisi kedua di penghujung April depan.

Penang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di kedudukan ke-10 dan mara ke suku akhir saingan Piala FA.




"Mereka perlu menjadi inspirasi kepada pemain tempatan contohnya persiapan perlawanan. 

"Kami perlu teliti dan tidak silap memilih pemain import yang boleh merugikan pasukan," katanya lagi. 
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video