Penang difahamkan telah melengkapkan senarai penjaga gawang untuk menghadapi saingan Liga Super 2025/26 dengan tiga nama baru akan mengawal benteng terakhir pasukan Harimau Kumbang itu.
Antara tiga penjaga gawang itu adalah Khatul Anuar Jalil yang bertindak selaku penjaga gol kedua buat Kelantan Darul Naim (KDN) sebelum ini serta turut pernah menyumbangkan khidmat buat pasukan Kuala Lumpur.
Pemain kedua adalah penjaga gol berpengalaman dari Selangor iaitu Khairulazhan Mohd Khalid yang sebelum ini telah bersama The Red Giants sejak 2015.
Bekas penjaga gol kebangsaan itu telah merekodkan sebanyak 150 penampilan buat Selangor selain memacu pasukan dari Lembah Klang itu muncul naib juara Piala Malaysia, Piala dan MFL Challenge Cup, malah telah mengumpul 15 kaps bersama Harimau Malaya.
Ramadhan Hamid melengkapkan senarai penuh penjaga gol buat kem Penang musim depan, dia beraksi buat Perak dalam saingan liga musim lalu.