Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Peminat Madrid memalukan -- ejen Bale

bale-cropped_1gxm47q9jo5e71h9ebznokrkvt.jpg
Ejen kepada Gareth Bale, Jonathan Barnett, berpendapat bahawa peminat Real Madrid sangat memalukan sambil menegaskan bintang Wales itu tidak akan meninggalkan pasukan walaupun banyak spekulasi melibatkannya.

Bale diejek oleh peminat sendiri ketika dia meninggalkan padang pada minit ke-61 sewaktu tewas 1-0 di tangan Barcelona awal pagi kelmarin selepas hanya menyentuh bola 20 kali.

Kekalahan itu lebih memburukkan situasi buat Bale dan Madrid selepas tewas kepada lawan sama dalam aksi separuh akhir Piala Raja Sepanyol tiga hari sebelum itu.

Bekas tonggak Tottenham Hotspur itu turut menolak untuk meraikan jaringan sewaktu menyumbat gol kemenangan ketika menundukkan Levante 2-1, 25 Februari lalu.

Barnett mempertahankan pemainnya dan memberitahu Sky Sports News: "Peminat Madrid generasi terkini akan bercakap mengenai jaringan Bale di masa akan datang. Sejujurnya, mereka patut malu dengan diri sendiri.

"Bale layak untuk dihormati. Cara peminat Madrid melayan dia sangat memalukan.

"Selama enam tahun dia berada di Sepanyol, dia telah memenangi segalanya. Dia adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Peminat akan mencium kakinya."

Barnett turut memadamkan spekulasi mengenai kegagalan Bale untuk mempelajari bahasa Sepanyol sehingga mewujudkan kekangan buat dia dan rakan sepasukan sambil menegaskan tiada sebab untuk dia meninggalkan pasukan yang disertai dengan yuran perpindahan EUR100 juta (RM462 juta) pada Ogos 2013.

"Walaupun wujud laporan daripada media Sepanyol, Bale gembira dan dia bertutur dalam bahasa Sepanyol dengan baik. Tiada masalah di antara dia dan pemain lain," tambah Barnett.

"Mereka yang menulis tentang perkara itu jelas tidak mengenali Bale.

"Bukan sekali isu perpindahan Bale daripada Madrid diperkatakan. Dia tidak akan ke mana-mana musim panas nanti. Dia tetap mahu kekal bersama Los Blancos dan pasukan juga mahukannya."

Advertisement

Must Watch Video