Skip to main content

Bola Sepak

Peminat cilik pakai oksigen minat Arif Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Kehebatan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M), Arif Aiman Hanapi, sering menjadi buah mulut penyokong tempatan, termasuk golongan remaja mahupun kanak-kanak yang menyaksikan kelincahan pemain itu. 

Menerusi satu rakaman di TikTok, seorang peminat cilik memakai jersi juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), sambil menyebut nama bintang Harimau Malaya itu. 

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah, peminat itu mengalami masalah kesihatan dan menggunakan alat bantuan pernafasan dan ia warga maya membanjiri komen mengirimkan doa buat dirinya supaya kekal sihat dan kuat. 

 
@cheebee15 seronok tengok bola.. last2 kena pakai oxygen la..cas bateri dlu.. #jdt?? ♬ original sound - DNP


Dan, permintaannya bakal ditunaikan apabila penjaring dalam Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah, itu bakal menemuinya dengan meninggalkan pesanan cukup berharga.

"Semoga dipermudahkan segala urusan.

"Ada rezeki kita berjumpa," katanya.

Advertisement

Must Watch Video