Rata-rata peminat menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran lima pemain warisan terbaru Harimau Malaya menjelang perlawanan bertemu Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, Selasa ini.
Terdahulu, skuad kebangsaan mengumumkan kedatangan Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado yang diperkenalkan ketika menyertai kem latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pertahanan tengah kelab Sepanyol, Deportivo Alaves, juga menjadi sandaran skuad kendalian Peter Cklamovski apabila menampilkan Facundo Garces selaku bintang terkini Malaysia yang difahamkan memiliki darah Argentina.
Ada yang mendesak supaya identiti dan susur galur kelima-lima pemain ini didedahkan kerana menimbulkan pelbagai spekulasi.
Ini termasuk dengan butiran Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang masih tidak diketahui dengan jelas.
Kerakyatan menerusi keluarga belah siapa menjadi tanda tanya di kalangan penyokong.
Proses pendokumentasian sememangnya bersifat peribadi dan sulit untuk diketahui, namun segelintir peminat tidak melepaskan peluang untuk membuat kajian dan meneliti latar belakang pemain berdarah kacukan itu.
Di sebalik perkara hangat itu, penyokong menzahirkan kerisauan agar peristiwa yang berlaku kepada Timor Leste tidak berulang.
Untuk rekod, Timor Leste tidak dibenarkan terlibat bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 sebagai hukuman berikutan isu kegagalan sembilan pemain naturalisasi mereka mengemukakan dokumen sah ketika kelayakan Piala Asia 2015.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mendapati ada unsur penipuan dan mengambil hukuman drastik.
Aksi hidup mati bertemu Vietnam perlu diambil serius supaya menjelmakan keputusan positif memandangkan Harimau Malaya memburu kemenangan pertama menentang Vietnam di halaman sendiri sejak 2010 selepas kali terakhir ialah 15 tahun lalu dalam saingan Piala AFF Suzuki.