Ahli Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Seri Yusof Ismail secara sukarela menarik diri daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat isu membabitkan tujuh pemain bola sepak warisan negara.
EAIC dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan langkah pentadbiran itu diambil bagi memastikan integriti, ketelusan dan kebebasan EAIC daripada sebarang potensi percanggahan peranan memandangkan beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Khas Siasatan Bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Keputusan ini sama sekali tidak menjejaskan kedudukan mahupun kredibiliti Yusof sebagai Ahli Pesuruhjaya EAIC," menurut kenyataan itu.
Pasukan petugas khas berkenaan ditubuhkan pada 4 November bagi menyiasat dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam proses kewarganegaraan melibatkan tujuh pemain naturalisasi Malaysia yang dikaitkan dengan FAM serta siasatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Sehari sebelum itu, Jawatankuasa Rayuan FIFA dilapor mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA.
Jawatankuasa Rayuan itu dalam kenyataan diterbitkan pada laman rasmi FIFA mengesahkan bahawa ia telah menolak rayuan yang dibuat oleh FAM dan pemain, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda kira-kira RM1.8 juta manakala setiap pemain didenda sekitar RM11,000 serta digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak.
Kredit: Awani
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang