Harry Kane mendedahkan kesemua rakan sepasukannya menyokong falsafah yang cuba diterapkan Antonio Conte yang dalam usaha mengembalikan Tottenham sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kekalahan 2-3 di Manchester United, kelmarin, menyekat rentak dua kemenangan mereka tetapi ketua pasukan England berusia 28 tahun itu yakin mereka tetap berdiri teguh di belakang Conte walaupun berdepan tempoh sukar.
"Jelas sekali saya berasakan bahawa kami masih dalam proses (menjadi pencabar utama)," katanya kepada Sky Sports.
"Kami pernah mencabar trofi dalam tempoh dua atau tiga tahun tetapi kemampuan kami mula merundum sejak beberapa tahun lalu.
“Di bawah kendalian Antonio, dia membina budaya yang dihajatinya dan ingin meletakkan kami kembali di tempat itu.
"Dalam kancah EPL, perbezaan kecil akan memisahkan kami sebagai pencabar empat tempat teratas atau keenam, ketujuh atau kelapan. Setiap pasukan mahu menjadi lebih baik dan tiada perlawanan yang mudah.
“Sudah tentu pengurus sedang bekerja sekeras mungkin dan pemain juga berusaha. Ia bukan boleh berlaku dalam sekelip mata, ia memerlukan masa dan persefahaman.
"Dia perlu berbincang dengan pengurusan kelab dan pengerusi untuk melihat hala tuju kami sebagai sebuah kelab.
"Kami amat menghormatinya."
Kemenangan ketika bertandang ke Brighton & Hove Albion, awal pagi Khamis ini, akan meletakkan mereka setaraf dengan West Ham di tempat keenam dengan 48 mata, tetapi Spurs mempunyai satu lagi perlawanan di dalam tangan berbanding The Hammers termasuk Manchester United yang hanya akan dua mata mendahului mereka untuk menghuni tangga kelima.