Skip to main content

Bola Sepak

Pemain muda Terengganu semakin matang

tfc.jpg
Percaturan taktikal dan strategi serta permainan secara menyerang yang ditampilkan oleh kedua-dua pengendali dari Croatia menyaksikan perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di antara Kuala Lumpur City dan Terengganu amat menarik sekali untuk disaksikan. 

Menggunakan kepantasan yang ada di bahagian sayap dan bijak dalam mengatur gerankan melalui pemain-pemain midfield, inilah elemen-elemen yang positif yang akan menjadikan perlawanan di pusingan kedua nanti akan di tunggu-tunggu aksinya.

Bukan itu sahaja, penulis dapat melihat bagaimana prestasi pemain-pemain muda dari skuad The Turtles, terutama seperti Muhammad Ubaidullah, Azam Azmi dan Engku Shakir, yang mula memdapat perhatian daripada peminat-peminat bola sepak tanah air. 

Mereka berjaya memainkan peranan dengan baik mengikut falsafah bola sepak kelab dan dapat mempamerkan kualiti permainan di posisi mereka sehingga berjaya membawa kemenangan kepada Terengganu.

Walaupun berusia di awal 20-an tetapi mereka berjaya menunjukkan kematangan apabila beraksi. 

Situasi ini berlaku apabila ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, berani menggunakan khidmat mereka kerana objektifnya bukan sahaja menjadikan The Turtles sebuah pasukan yang mampu memberi cabaran kepada pasukan Johor Darul Ta’zim dan menonjolkam ramai pemain-pemain muda yang berkaliber selain terus mengasah bakat-bakat muda yang lahir dari Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) demi kemajuan bola sepak negara.

Ini yang sepatutnya dilakukan oleh pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Super sebagaimana Johor Darul Ta’zim, Terengganu dan Selangor kerana dengan pendedahan-pendedahan awal diberikan akan membuatkan pemain-pemain muda ini akan cepat matang serta dapat membantu melahirkan ramai pemain-pemain berwibawa untuk negara pada masa hadapan. 

Walaupun setiap pasukan perlu menggejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) demi kelangsungan kelab, namun pengurusan dan jurulatih juga perlu memikirkan kemajuan bola sepak Negara juga.
 

Advertisement

Must Watch Video