Skip to main content

Bola Sepak

Pemain LaLiga mula lancar protes senyap 15 saat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

real-oviedo.jpg
Pemain Real Oviedo dan Espanyol memberi reaksi kaku selama 15 saat di atas padang walaupun siaran langsung televisyen tidak memaparkan protes senyap itu dalam babak pertama.

Ia hanya satu permulaan protes bola sepak Sepanyol terhadap tindakan menganjurkan perlawanan di luar Sepanyol buat kali pertama.

Pemain di seluruh La Liga dijangka bertindak kaku selama 15 saat dalam kebanyakan perlawanan hujung minggu ini sebagai bantahan penganjuran pertembungan getir di antara Barcelona dan Villarreal pada Disember depan yang diadakan di Amerika Syarikat. 

Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol (AFE) menerajui protes itu dengan menekankan kekurangan perbincangan, keselarasan dan ketelusan daripada pihak LaLiga berhubung mengadakan perlawanan di luar negara.

Pemain Barcelona dan Villarreal dijangka tidak mengambil bahagian dalam protes itu, walaupun dilaporkan berkongsi beberapa kebimbangan kesatuan itu. 

AFE berkata bahawa kesemua 20 ketua kelab bersetuju dengan protes itu tetapi kedua-dua kelab yang akan mengambil bahagian dalam perlawanan di Miami itu tidak diminta untuk mengambil bahagian. Kesatuan itu menyeru LaLiga dan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) agar mewujudkan rundingan meja bulat bagi menyuarakan hak dan kebimbangan pemain dapat ditangani selain peraturan buruh dipatuhi. 

 

Perlawanan Barcelona-Villarreal --- yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di La Ceramica di Sepanyol -- sebaliknya diadakan di Stadium Hard Rock di Miami pada 20 Disember depan. 

UEFA meluluskan cadangan itu walaupun timbul sedikit tentangan, manakala presiden LaLiga, Javier Tebas, mempertahankan langkah itu yang disifatkan sebagai strategi jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan dan hak televisyen, sambil menyatakan perancangannya menjadikan perlawanan antarabangsa seumpamanya sebagai acara tahunan. 

LaLiga juga telah menyediakan pengangkutan untuk kira-kira 2,000 hingga 3,000 peminat Villarreal ke Florida.

Reaksi daripada Barcelona dan Villarreal bercampur-baur dengan pengurus kelab Catalunya, ​​Hansi Flick, mengeluh terpaksa menempuh perjalanan sejauh 7,200 kilometer sebelum rehat musim sejuk yang singkat, manakala pemain tengah, Frenkie de Jong, mengkritik keputusan itu yang dilabel sebagai tidak adil kepada pemain yang sudah berdepan jadual yang padat. 

Pemain Villarreal 00 juga bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL) -- menghadapi cabaran yang sama. 
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video