"Ini kali pertama saya berdepan situasi seperti ini". Itu pengakuan pengendali Kelantan, Fajer Ibrahim, susulan tiada padang latihan buat pemainnya sehingga menyebabkan prestasi pasukannya merudum teruk sepanjang saingan dalam bulan Ramadan.
Kekalahan 0-4 kepada Selangor malam tadi menyaksikan Kelantan tewas buat kali keempat berturut-turut dan yang ketiga pada Ramadan.
Fajer, bagaimanapun, tidak terperanjat dengan keputusan itu sambil menegaskan punca mereka menjadi pasukan belasahan adalah kerana anak buahnya tidak mendapat latihan yan cukup.
"Biar saya beritahu anda sesuatu. Dalam sesi latihan terakhir pada Rabu lalu sebelum kami bertolak ke ibu kota, kami tidak boleh menggunakan padang latihan.
"Ini kerana dua pasukan tempatan sedang melangsungkan perlawanan lalu kami tidak dapat menggunakannya.
"Sepanjang hidup saya, ini kali pertama saya berdepan situasi seperti ini. Sebuah pasukan Liga Super tidak mempunyai padang," kata Fajer.
Selain tidak mempunyai padang latihan yang baik, Kelantan tidak boleh beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad ke-IV, sepanjang Ramadan yang memaksa mereka beraksi di tempat lawan.
Apapun, prestasi hambar skuad Kelantan tetap mengundang rasa kecewa peminat yang kini mendesak pengendali dari Syria itu agar meletak jawatan.
"Berdasarkan rekod Fajer, pasukan kendaliannya hanya merekodkan satu kemenangan dan seri sekali.
"Yang lain semuanya kalah.
"Bahagian pertahanan paling bermasalah sebab tidak pernah mencatatkan rekod bersih," kata seorang penyokong Kelantan.