Skip to main content

Bola Sepak

'Pemain bukan bodoh, kami mahu jurulatih angkat kaki daripada pasukan ini'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psps.jpg
Nasib seorang ketua jurulatih bertukar malang apabila terpaksa mengundurkan diri daripada pasukan kendaliannya meskipun baru menjalani dua perlawanan dalam liga divisyen dua Indonesia.

PSPS Pekanbaru menduduki tempat kesembilan Kumpulan A kejuaraan tersebut selepas mengalami satu kekalahan dan satu keputusan seri, sekali gus mengumpul satu mata setakat ini. 

Begitupun, perkara itu tidak diterima oleh peminat tempatan yang mahu jurulatihnya, Ilham Romadhona, meletakkan jawatan dan meninggalkan kelab tersebut. 

Selepas menerima desakan demi desakan, akhirnya Ilham Romadhona bersetuju dengan kehendak penyokong dan melepaskan posisi tersebut menjelang aksi seterusnya, minggu hadapan. 

"Hari ini saya angkat kaki. 

"Apa pun saya bertanggungjawab," katanya di TikTok.

Pertikaman lidah membabitkan peminat setia kelab tersebut bersama Ilham Romadhona di sebuah video yang tular tersebut menimbulkan perbincangan hangat di ruangan komen. 

 
@bertuah1955.id @ilham_romadhona OUT dari tanah jantan melayu Riau . #psps #pspspekanbaru #pspsriau #fyp #fypage ♬ suara asli - BERTUAH1955ID


Kelab Riau ini juga dipimpin oleh legenda Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto, selaku pengarah teknikal. 

PSPS Pekanbaru pernah mewarnai saingan Liga Super Indonesia sekitar 2009 sehingga 2013. 
Football

Fokus Pada Permainan

Sama ada pemain atau jurulatih, bola berkualiti macam Adidas ni pastikan game terus mantap.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video