Penyokong Manchester United berpeluang untuk merealisasikan impian menyaksikan perlawanan di Old Trafford apabila kelab penyokong pasukan itu, United Malaysia, akan mengadakan majlis makan malam tahunan di Dewan Hakka, Kota Kinabalu, 28 Jun depan.
Pengerusi penganjur program itu, Fabian Faurillo, berkata kemuncak makan malam itu adalah acara cabutan bertuah dengan pemenangnya akan diterbangkan ke Old Trafford bagi menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran mereka itu.
Untuk rekod, kelab penyokong tersebut telah merealisasikan impian kira-kira 400 peminat menyaksikan perlawanan di Theatre Of Dreams itu sejak 2011.
"Kami mahu terus menjadikan impian penyokong pasukan ini menjadi kenyataan kerana kita tahu ia bukan murah untuk terbang ke England dan menyaksikan perlawanan di Old Trafford, jadi kami mahu membantu mereka yang kurang berkemampuan," katanya.
Fabian menambah tema majlis makan malam kali ini ialah “United unite! The legacy lives on” dan dijangkakan akan dihadiri lebih 1,000 ahli.
"Kami juga meraikan ulang tahun ke-26 sebagai kelab penyokong rasmi dan ia adalah kesinambungan yang diwarisi daripada pengasas kelab ini, mendiang Laurence Ho.
"Sehubungan itu, tema kali ini akan turut memaparkan kisah-kisah lama penubuhan kelab ini bagi memberi penghormatan kepada ahli-ahli terdahulu yang telah banyak memberikan sumbangan," katanya dalam satu kenyataan.
United Malaysia juga merancang untuk membawa bekas pemain Manchester United sebagai tetamu khas mereka dalam majlis makan malam itu nanti.
"Siapakah dia akan dimaklumkan kemudian, biarlah ia menjadi satu kejutan," tambahnya.